Connect with us

Oh! Media

Terkilan Suami Tak ‘Sentuh’ Setahun Kerana Tak Nak Kuruskan Badan, Isteri Terkejut Rupanya Laki Layan P*rno Di Telefon

Trending

Terkilan Suami Tak ‘Sentuh’ Setahun Kerana Tak Nak Kuruskan Badan, Isteri Terkejut Rupanya Laki Layan P*rno Di Telefon

Sebut pasal perkahwinan, setiap orang pasti mengimpikan rumah tangga yang bahagia untuk mereka kecapi hingga ke akhir hayat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Baik Gugur Je Along Dulu” – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Rupanya ‘Jual Diri’ Cari Duit Lepas Cerai

Namun begitu, apakah perasaan si isteri apabila si suami enggan ‘menyentuh’ nya selama hampir setahun dengan alasan isterinya tidak mahu kuruskan badan?

Isteri taknak kuruskan badan, suami tak ‘sentuh’ setahun

Itulah luahan hati seorang wanita yang berkongsi mengenai perkara itu kepada ConfessTweetMy di Twitter.

Menurut wanita itu, suaminya pernah berterus terang kepadanya bahawa dia tidak menyukai wanita yang berbadan besar sebelum mereka berkahwin.

Disebabkan wanita ini seorang yang berbadan besar, dia nekad untuk menguruskan berat badannya sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.

Tambah wanita itu lagi, berat badannya yang meningkat selepas bersalin menjadi punca mengapa si suami tidak ‘menyentuh’nya selama setahun.

Meskipun bersikap sedemikian, wanita itu tetap memuji suaminya kerana tidak pernah culas dalam memberikan nafkah kepadanya dan anak.

Terkejut ‘check’ telefon, suami layan porno

Dalam masa yang sama, wanita itu turut mendedahkan bahawa dia begitu kecewa dan terasa hati selepas mendapati suaminya itu ketagih menonton porno menerusi telefon bimbitnya.

Dia juga mendedahkan bahawa suaminya itu sudah tidak mahu untuk keluar bersama seperti ke kenduri kahwin dan ke pusat membeli belah.

Tak cukup dengan itu, suaminya juga mengatakan bahawa sekiranya tiada sebarang perubahan dibuat isterinya itu pada tahun hadapan, dia akan memikirkan semula mengenai hubungan mereka.

Dan sejak itulah wanita ini nekad untuk menjaga pemakanan demi menguruskan badannya.

Isteri minta doa orang ramai untuk kekal istiqamah

Di akhir luahannya, wanita ini meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya terus beristiqamah dalam usaha untuk menguruskan badannya dan dalam masa yang sama mempertahankan rumah tangganya.

Sekarang journey aku untuk kurus masih panjang tapi suami aku happy tengok aku diet. Dia kata tak sabar nak tengok wife kurus siap cakap nak anak lagi.

Korang doakan aku dipermudahkan urusan nak diet ya supaya aku istiqamah. Salah satu aku nak diet supaya aku senang beribadah selain untuk suami aku.

Sama-sama kita doakan urusan akak kita ni dipermudahkan ya dan semoga rumah tangganya terus berkekalan.

Kredit: Twitter ConfessTweetMy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas