Connect with us

Oh! Media

“Baik Gugur Je Along Dulu” – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Rupanya ‘Jual Diri’ Cari Duit Lepas Cerai

Trending

“Baik Gugur Je Along Dulu” – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Rupanya ‘Jual Diri’ Cari Duit Lepas Cerai

Bagi seorang ibu, anak adalah segala-galanya. Mereka sanggup buat apa je demi kelangsungan hidup dan memastikan anak cukup makan pakai termasuk pendidikan.

ADVERTISEMENT

Seperti kisah dikongsi seorang individu di laman Twitter @TwtWedding ini, ibunya bekerja keras menyara dia dan adik-adik selepas ditinggalkan ayah demi perempuan lain.

Ayah cerai ibu sebab perempuan lain, tak bagi nafkah

Ayahnya langsung tak bagi nafkah dan ibu terpaksa buat 3 kerja untuk membesarkan anak-anak. Sebagai anak sulung, dia masih ingat ‘derita’ melihat ibu kena bantai dengan ayah sendiri.

Dan selepas bercerai, dia jadi saksi macam mana ibunya bekerja dan dalam masa yang sama kena jaga anak-anak. Nasib ada kawan-kawan yang sudi tolong.

Walaupun tanpa ayah, ibu berjaya besarkan mereka dengan baik. Dia juga dapat masuk universiti dan dua adik perempuan masih sekolah. Boleh dikatakan dorang dah selesa dari segi kewangan dan emosi. Ibu sangat baik, tak pernah pukul atau tinggi suara dengan anak-anak.

Curiga dengan kerja ibu, bagi alasan tak logik

Tapi, dia mula berasa curiga bila ibu tak pernah kongsi dengan ‘details’ di mana ibu bekerja. Kadang-kadang ibu kata kerja di restoran, bila ditanya sekali lagi, jawapan ibu sentiasa berubah.

Dipendekkan cerita, dia akhirnya dapat tahu ibu selama ini ‘jual diri’ cari duit untuk besarkan mereka. Dia mengamuk bersemuka dengan ibu tapi ibu hanya menangis dan minta maaf.

I rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, I tak nak langsung tengok muka dia. I bersemuka, dan dia mengaku.

Tak dapat kawal emosi, dia maki hamun ibu dan lari dari rumah. Buat masa ni dia tinggal di rumah kawan, hidup dalam keadaan malu dan jijik di atas perbuatan ibu sendiri.

Siapa sial nak ada mak macam ni? Baik mak gugur je along dulu.

Berasa sangat buntu, individu ini mohon nasihat daripada orang ramai. Dia berasa bersalah tengok raut muka ibu sedih, tapi dalam masa yang sama dia sangat marah.

Dia sedar ibu tak pernah beli apa-apa untuk diri sendiri, ibu berusaha sediakan keperluan anak-anak. Tapi dengan cara jual diri? Individu ini rasa lebih ‘sakit’.

Kredit: TwtWedding

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas