Connect with us

Oh! Media

Pekebun Mahu Rundingan, Tak Tahu Kawasan Diteroka Hutan Simpan

Trending

Pekebun Mahu Rundingan, Tak Tahu Kawasan Diteroka Hutan Simpan

Dilaporkan lebih 30 pengusaha durian Musang King dan pokok getah di tanah seluas 90 hektar di Kampung Pulai Gua Musang diarahkan untuk mengosongkan kawasan tanaman.

ADVERTISEMENT

Notis bertarikh 30 September yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mendakwa pekebun telah meneroka Hutan Simpan Ulu Galas di Gua Musang secara haram.

BACA: PGA Bantu Kawal Operasi Musnah Kebun Haram Musang King

Terbaru, Kosmo! melaporkan pekebun di situ berharap kerajaan negeri dapat memberi ruang rundingan kepada mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tin­dakan Pekebun Kecil Hutan Simpan Ulu Galas, Leow Chin Meng, mereka telah mengusahakan kebun itu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Mereka mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi memastikan pihak pekebun mendapat keputusan yang adil dalam isu penerokaan tanah di kawasan itu.

Kami difahamkan seba­nyak 90 hektar kawasan kebun durian dan getah yang telah mengeluarkan hasil akan diambil sebelum diberikan kepada pihak syarikat lain.

Seorang lagi pekebun dikenali sebagai Tina Chong berkata, dia berharap penyelesaian adil dapat diputuskan kerana banyak wang telah dilaburkan untuk mengusahakan tanaman di kawasan itu.

Pekebun mahu berunding dengan kerajaan untuk mendapat kebenaran sama ada tanah yang diusahakan itu dapat diberi secara pajakan atau sewa tanah.

Mereka sebelum ini tidak tahu bahawa kawasan yang diteroka termasuk dalam hutan simpan. Katanya lagi, tanaman yang diusahakan iaitu musang king dan duri hitam kini sudah mula mengeluarkan hasil.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas