Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Ultras Malaya” – Kim Pan Gon Puji Penyokong, Akui ‘Pemain Ke-12’ Bantu Harimau Malaya Atasi Turkmenistan

Trending

“Terima Kasih Ultras Malaya” – Kim Pan Gon Puji Penyokong, Akui ‘Pemain Ke-12’ Bantu Harimau Malaya Atasi Turkmenistan

Semalam telah berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di antara Malaysia dan Turkmenistan yang memihak kepada pasukan negara dengan jaringan 3-1.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Salah, Taknak Betulkan” – Faisal Halim Buat Netizen Geli Hati, Tersasul Sebut Korea

Sumber dari BERNAMA melaporkan, jurulatih Harimau Malaysa, Kim Pan Gon memuji peminat bola sepak Malaysia lebih-lebih lagi Ultras Malaya atas sokongan yang diberikan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, pasukan negara mendapat sokongan penuh daripada para penyokong ketika perlawanan sekali gus membantu mereka mencatat kemenangan.

Anak-anak buah Kim Pan Gon yang bekerja keras bagi meraih tiga mata penuh sepanjang 90 minit permainan berjaya menggembirakan hati jurulatih itu selepas kejayaan menewaskan negara yang menduduki ranking ke-134 dunia itu.

Malam ini (malam tadi) terima kasih banyak-banyak kepada peminat bola sepak Malaysia dan Ultras Malaya, mereka memberikan sokongan penuh kepada kami dan saya juga amat berbangga dengan semua pemain Harimau Malaya. Saya rasa mereka berusaha memberikan peminat sedikit kebanggaan dan kegembiraan.

Saya rasa ini adalah antara malam terbaik untuk kita dan kita telah melakukan tugas dengan baik dan saya dapat melihat semua orang gembira, saya juga sangat gembira malam ini.

Lebih 21,000 penonton termasuk penyokong tegar Harimau Malaya, Ultras Malaya membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi bagi memberikan sokongan penuh buat pasukan negara selepas sekian lama tidak dapat ke stadium akibat pandemik Covid-19.

Gol-gol hasil jaringan Safawi Rasid, Faisal Halim dan Corbin Ong berjaya membantu pasukan negara menumpaskan Turkmenistan sekaligus meletakkan skuad Harimau Malaya di tangga pertama kumpulan E setakat satu perlawanan.

Malaysia akan bertemu Bahrain manakala Bangladesh dijadual akan menentang Turkmenistan dalam perlawanan kedua kumpulan E pada Sabtu.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas