Connect with us

Oh! Media

“Dah Salah, Taknak Betulkan” – Faisal Halim Buat Netizen Geli Hati, Tersasul Sebut Korea

Oh! Tidak

“Dah Salah, Taknak Betulkan” – Faisal Halim Buat Netizen Geli Hati, Tersasul Sebut Korea

Telah berlangsungnya satu perlawanan persahabatan di antara pasukan negara, Harimau Malaya dan pasukan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dan perlawanan itu memihak kepada Malaysia dengan kemenangan 2-0.

ADVERTISEMENT

Namun, di sebalik kemenangan yang dicatatkan pasukan negara itu, terdapat beberapa perkara yang mencuri tumpuan serta mencuit hati netizen. Antaranya, reaksi yang ditunjukkan Akhyar Rasid selepas dijatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti.

BACA:“Sakit Ke Tu?” – Gelagat Akhyar Jelir Lidah Selepas Dijatuhkan Cuit Hati Netizen

Faisal Halim tersasul sebut Korea

Terbaru, tular pula satu video di TikTok yang memaparkan situasi temubual di antara pundit bola sepak dan pemain negara, Faisal Halim sejurus selepas tamat perlawanan.

@nakapeeko benda dah tercakap enjoy jelah ye 😅 #fyp #fyppp #harimaumalaya #malaysia #faisalhalim #berandatiktok #ditaja🇲🇾 #viral ♬ suara asli – faisalhky

Menerusi video tersebut, Faisal Halim yang ditanyakan mengenai perasaan mengenai perlawanan persahabatan malam tadi tersasul menyebut nama negara Korea berbanding negara Hong Kong.

Alhamdulillah bang, kita dapat menewaskan Korea pada malam ini walaupun saya bermain sekejap. Memang berpuas hatilah

Pundit bolasepak yang juga merupakan bekas pemain negara, Shukor Adan cuba membetulkan kenyataan dibuat Faisal dengan menyatakan bahawa negara yang dikalahkan adalah negara Hong Kong bukanlah negara Korea namun Faisal dilihat seakan tidak mendengar dan menyedari kesalahannya itu.

Penat sangat tu sampai salah sebut nama negara

Video yang tular itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka geli hati melihat situasi itu dan ada yang berseloroh menyatakan bahawa Faisal mungkin keliru dengan perlawanan hoki pasukan negara yang menentang Korea Selatan pada hari yang sama.

Bila dilihat kembali kelakar pon ada, tapi mungkin Faisal terlalu penat sehingga tidak sedar dia tersalah sebut nama negara.

Kredit: TikTok tahsapesape

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas