
Trending
“Terima Kasih Selalu Jaga Anak Dengan Baik” – Isteri Kongsi Video Suami OKU Lindung Anak Dari Hujan Buat Netizen Sebak
Oleh
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, inilah bait kata indah yang ditujukan khas buat insan bergelar ibu dan ayah.
BACA: Pengorbanan Seorang Ibu, Wajah Berkedut Seperti Wanita Tua Ketika Hamil
Tak kira macam mana susah dan teruk pun mereka dalam menjalani kehidupan seharian, perkara utama dalam hidup mereka ialah untuk memberikan kesenangan dan kemudahan buat anak-anak.
Bapa OKU lindung anak dari hujan
Tular di TikTok satu video memaparkan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada terkena hujan dengan menggunakan bajunya.
@sitilatifahmutalib Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you 😘 #CapCut #fyp #trending #masukberanda #suamiterhebatku🥰🥰🥰🥰 ♬ original sound – SITI LATIFAH
Menerusi video yang dikongsi isteri kepada lelaki itu, dapat dilihat lelaki tersebut sanggup berhujan dan mengutamakan anak kecilnya meskipun dalam keadaan bertongkat.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut dan berasa sebak selepas melihat video tersebut.



Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
