
Trending
“Terima Kasih Isteri Tercinta” – Lee Chong Wei Kongsi Khabar Gembira, Timang Cahaya Mata Ke-3
Oleh
Pada
Lagenda badminton tanah air, Dato’ Lee Chong Wei berkongsi khabar gembiranya menimang cahaya mata yang ketiga.
ADVERTISEMENT
BACA: “Marhaban Ya Ramadan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa” – Datuk Lee Chong Wei Ucap Selamat Berpuasa
Menerusi laman Facebooknya, Chong Wei memuat naik gambar bersama Wong Mew Choo ketika di dalam bilik bedah sejurus selepas isterinya itu selamat melahirkan anak.
Menerusi hantarannya itu juga, Chong Wei menitipkan ucapan terima kasih buat Mew Choo yang sudah berkorban untuk melahirkan anak mereka yang dinamakan sebagai Anson itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei dan isteri selepas menimang cahaya mata mereka yang ketiga.




Kredit: Facebook Dato’ Lee Chong Wei
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:ketiga, LeeChongWei, trending, wongmewchoo
