Connect with us

Oh! Media

“Marhaban Ya Ramadan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa” – Datuk Lee Chong Wei Ucap Selamat Berpuasa

Datuk Wira Lee Chong Wei ucap selamat berpuasa

Trending

“Marhaban Ya Ramadan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa” – Datuk Lee Chong Wei Ucap Selamat Berpuasa

Seluruh umat Islam di Malaysia tanpa mengenal kaum menyambut puasa di bulan Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, ada juga kenalan kita yang bukan beragama Islam mencuba untuk berpuasa bersama-sama sebagai tanda hormat kepada mereka yang beragama Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: Khairul Aming Perkenal Format Baru 30 Hari 30 Resepi, Kali Ini Ada 3 Slot!

Peluang yang ada ini tidak disia-siakan oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei yang mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Dalam postingnya itu lagi, beliau turut mengajak mereka yang bukan beragama Islam untuk sama-sama menghayati serta menghormati mereka yang berpuasa sepanjang sebulan di bulan Ramadan

Jenaka selepas membeli kurma

Datuk Wira Lee Chong Wei turut berkongsi perbualan lucu bersama anaknya, Kingston.

Kingston: Papa , can I have a date ?

Chong Wei: You are too young to have a date!! Anyway pretty or not first?

Kingston: Erm, skin a bit crumbled

Chong Wei: Alamak old lady ka?

Kingston: What old lady, I mean the date in the box.

Baru then I tahu I dah dimalukan apabila I baca kotak kurma tu tertulis “Medjoul Dates”.

Sungguh lucu gelagat Datuk Wira Lee Chong Wei dan anaknya, Kingston.

Di kesempatan ini, penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa di bulan Ramadan

Kredit: Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas