Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Jawab Panjang Lebar Semua Desas-Desus, Akui Ada Perbincangan Bersama PKR

Ohmedia copy of Untitled Design 42

Oh! Negara

Tengku Zafrul Jawab Panjang Lebar Semua Desas-Desus, Akui Ada Perbincangan Bersama PKR

Sebelum ini hangat diperkatakan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan ketua bahagian UMNO Kota Raja itu bakal sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BACA: Tengku Zafrul Bakal Sertai PKR? Ini Jawab Pengerusi UMNO Selangor

Terbaru, Tengku Zafrul akhirnya telah membuat kenyataan media, menjawab semua persoalan yang timbul termasuk perbincangan dengan PKR dan calon sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

IKLAN

Nafi sertai parti lain, masuk politik untuk menyumbang kepada negara

470062312 1157905689242335 8530773433075786476 n 1
Kredit foto Facebook Tengku Zafrul

Menerusi kenyataan daripada Facebook rasmi Tengku Zafrul, beliau berkata, dirinya tidak ada membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Walaupun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui ada perbincangan awal, Tengku Zafrul sebenarnya agak terkejut dengan kenyataan itu.

BACA: Zahid Kata Tiada Makluman Zafrul Ingin Keluar UMNO, PMX Sahkan Ada Perbincangan Awal

414938469 904626001034649 6748890276859841994 n
Kredit foto Facebook Ahmad Zahid

Dalam masa yang sama, beliau juga mendakwa tidak menerima sebarang panggilan dari pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu sebenar sejak perkara ini menjadi bualan ramai.

Tengku Zafrul juga berkongsi yang beliau sertai politik, selepas meninggalkan dunia korporat kerana percaya menjadi anggota pentadbiran kerajaan mampu menyediakan ruang untuknya berkhidmat kepada rakyat dan dapat menyumbang kepada agenda pembangunan negara secara langsung.

Percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik murahan

Image
Kredit foto Facebook Tengku Zafrul

Tengku Zafrul turut menyatakan, yang beliau percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat. Tengku Zafrul juga mendakwa UMNO Selangor masih terperuk dalam isu ini.

Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara. – Katanya

Akui ada perbincangan bersama PKR tetapi bukan isu jawatan

Copy of Untitled Design 35
Kredit foto Facebook Tengku Zafrul

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, berkata, beliau percaya setiap orang mempunyai hak untuk memilih wadah perjuangan politik yang sesuai bagi pembangunan rakyat dan negara. Tanpa dinafikan, beliau akui pernah ada berbincang dengan parti PKR.

Saya ingin tegaskan dalam perbincangan awal ini tidak ada perbincangan jawatan di peringkat Negeri mahu pun pilihanraya kecil dibincangkan. – Jelasnya

Akhir sekali, beliau berkata, bahawa fokus utamanya sekarang adalah tentang dasar untuk rakyat, berdasarkan politik yang membina dan bukan menghancurkan.

#OhmediaNasihat

Marilah kita sama-sama merenung pengajaran daripada sejarah lampau, di mana politik perpecahan dan murahan yang sering berlaku hanya membawa kepada kelembapan dan kemunduran dalam pembangunan negara.

Seperti yang ditegaskan oleh Tengku Zafrul, kini adalah masa untuk kita melangkah ke hadapan dan bersatu padu demi membina Malaysia yang lebih cemerlang dan berjaya.

Ohmedia copy of Untitled Design 42

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Tengku Zafrul


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas