Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Bakal Sertai PKR? Ini Jawab Pengerusi UMNO Selangor

Ohmedia copy of Untitled Design 36

Oh! Negara

Tengku Zafrul Bakal Sertai PKR? Ini Jawab Pengerusi UMNO Selangor

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan ketua bahagian UMNO Kota Raja sebelum ini didakwa akan menyertai PKR. Keputusan itu juga dijangka akan terjawab semasa Kongress PKR dua hari lagi, pada ahad ini.

Terbaru, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata perkara itu beliau meyifatkan sebagai khabar angin sahaja.

Percaya Tengku Zafrul masih sayang pada UMNO

362697663 592960946340378 5607574691115333804 n
Kredit foto Facebook Megat Zulkarnain

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Datuk Megat Zulkarnain percaya ‘kasih sayang’ Tengku Zafrul pada UMNO masih tinggi dan hubungan antara mereka cukup baik.

IKLAN

Beliau juga menambah, minggu lepas pihaknya ada berjumpa dengan Tengku Zafrul semasa pertemuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Namun tidak ada perbincangan yang berlaku berkenaan perkara tersebut.

Saya tak ada dengar dan tidak dapat makluman, maka saya menganggapnya sebagai khabar angin.

Saya duduk sebelah Tengku Zafrul ketika pertemuan dengan Presiden UMNO dan perkara itu tidak ditimbulkan sama sekali.-Katanya

Sumber dalaman kata sahih, pihak Tengku Zafrul pula enggan ulas

470062312 1157905689242335 8530773433075786476 n
Kredit foto Facebook Tengku Zafrul

Berdasarkan laporan daripada portal FMT, pihaknya telah cuba menghubungi pembantu Tengku Zafrul, namun enggan mengulas perkara tersebut.

Sumber dalaman juga mendedahkan, jika penyertaan Tengku Zafrul menjadi kenyataan, beliau dijangka memainkan peranan yang lebih besar iaitu kedudukan ‘Menteri’ dalam memacu pentadbiran dan kemajuan ekonomi Selangor.

Tengku Zafrul kini merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berstatus Senator. Beliau juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan Menteri Kewangan semasa pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ohmedia copy of Untitled Design 36

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian & FMT


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas