Connect with us

Oh! Media

Tekong Ketum Zon Utara Berjaya Ditumpas ATM, Gagalkan Aktiviti Seludup Ke Thailand

14afe96d d034 4241 904f 68ac2d2c3991

Trending

Tekong Ketum Zon Utara Berjaya Ditumpas ATM, Gagalkan Aktiviti Seludup Ke Thailand

Lain macam betul cara seludup ketum zon utara. Selalu dengar orang seludup ketum ni sembunyi ketum dalam kereta atau bas, tapi sebab ada yang dah kena tangkap takkan nak guna idea lama lagi kan.

Hari ini dengar berita katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya merampas sebanyak 2.25 tan ketum yang bernilai RM96,157 dan turut memberkas dua lelaki semasa Operasi Benteng Zon Utara di sempadan negara.

Image 81

Dua lelaki yang dipercayai tekong ketum itu, dikatakan berasal dari Perlis dan telah ditahan oleh ATM ketika mereka cuba menyeludup 1.5 tan ketum bernilai lebih RM69,000 semalam, menurut kenyataan Markas Bridged Keenam Infantri.

IKLAN

Mereka menggunakan Proton Wira dan Proton Saga untuk mengangkut daun ketum di dalam plastik hitam sebelum ditinggalkan di Hutan Rizab Sungai Badak, tunggu untuk diambil tekong dari Thailand.

Hasil rampasan itu, telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut. – Katanya.

Image 83

Selain di Hutan Rizab Sungai Badak, rupanya ada lagi cubaan untuk seludup ketum ke Thailand, iaitu melalui Durian Burung. Itu juga telah berjaya ditumpaskan oleh ATM kelmarin.

ATM juga turut merampas dua motosikal yang digunakan oleh mereka untuk mengangkut daun ketum. Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM18,400 termasuk dua motosikal yang dirampas.

Image 79

Pada 18 Oktober lalu, Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Perlis juga turut menemui sembilan guni putih mengandungi ketum seberat 270 kg, bernilai RM8,100 yang disembunyikan di sebuah rumah di Mata Ayer dan sudah diserahkan ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakkan lanjut. -Katanya.

Semua daun ketum yang dirampas di kawasan Op Benteng Zon Utara itu dipercayai cuba dibawa ke Thailand melalui laluan haram dan melalui pagar keselamatan yang sengaja dirosakkan oleh tekong.

Selain untuk diseludup ke Thailand, ketum yang dirampas juga dipercayai cuba dihantar ke pasaran tempatan.

Dalam hidup ni jangan buat 3 benda ni, jangan tinggal solat, jangan hisap gam, dan akhir sekali jangan minum ketum. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas