Connect with us

Oh! Media

“Tapi Mamat Tu Tak Minta Maaf Lagi” – Rider Tular Dimaki Maafkan Pelanggan, Luah Rasa Syukur Boleh Kerja Semula

Trending

“Tapi Mamat Tu Tak Minta Maaf Lagi” – Rider Tular Dimaki Maafkan Pelanggan, Luah Rasa Syukur Boleh Kerja Semula

Beberapa hari yang lalu tular satu video memaparkan seorang penghantar makanan yang diugut oleh pelanggannya selepas berlaku sedikit salah faham.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Pun Ada Hati” – Suara Ketar Tahan Sebak, Rider Sedih Kena Ugut Buang Kerja Padahal Salah Customer

Susulan daripada itu, rider tersebut bertindak membuat laporan polis kerana telah mendapat ugutan akan dibuang kerja oleh pelanggan tersebut.

Rider syukur boleh kerja semula, ambil keputusan maafkan pelanggan

Terbaru, rider yang tular itu memuat naik video di TikToknya memaklumkan berita gembira bahawa dirinya kini sudah boleh mula bekerja semula seperti biasa.

@minyakhitamjalanan Tak salah kita maafkan org btl tak 😊#fypシ゚ #food #rider #support #minyakhitamjalanan #fyppppppppppppppppppppppp #fpymasukbranda #duaroda #alhamdulillah❤️ ♬ Dulu – Reinhard Morgan

Menerusi video tersebut, rider berkenaan menerangkan bahawa dia dihubungi pihak khidmat pelanggan sebuah syarikat p-hailing yang memaklumkan telah berlaku sedikit salah faham dan telah membenarkannya untuk bekerja semula.

Bukan itu sahaja, rider tersebut turut memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan perbuatan pelanggannya itu meskipun tiada sebarang permohonan maaf dibuat kepadanya.

Alhamdulillah hari ini ada berita baik buat saya dan rakan-rakan food. Tadi Customer Service call saya dia minta maaf sebab dia tak siasat dulu sebab customer tu buat report.

Alhamdulillah ID saya dah boleh on. Terima kasih rakyat Malaysia semua yang mendoakan saya.

Tapi mamat tu tak minta maaf lagi dekat rider. Kalau ada kawan-kawan dia dalam ni. Tolong sampaikan dekat dia, saya dah maafkan dia.

Netizen puji, beri semangat pada rider

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan rider itu yang tetap memaafkan pelanggannya itu dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas