Connect with us

Oh! Media

“Saya Pun Ada Hati” – Suara Ketar Tahan Sebak, Rider Sedih Kena Ugut Buang Kerja Padahal Salah Customer

Trending

“Saya Pun Ada Hati” – Suara Ketar Tahan Sebak, Rider Sedih Kena Ugut Buang Kerja Padahal Salah Customer

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video yang dibuat seorang penghantar makanan (rider) memaparkan pelanggannya mengugut dia akan kehilangan kerja.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan perkongsian itu, rider berkata, pelanggan salah pin lokasi menyebabkan dia perlu mencari selama satu jam. Pelanggan menuduhnya tak pandai cari menyebabkan berlaku sedikit ketegangan. Rider ini mendakwa dia dimarahi di khalayak ramai.

@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan

Ketika ditemubual mStar, rider yang dikenali sebagai Mohd Yusuf berkata dia telah melakukan laporan polis berhubung kejadian itu pada 13 September lalu.

Video tersebut dimuat naiknya di TikTok untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai nasib rider yang teraniaya dengan sikap pelanggan kurang sopan seperti individu itu.

Saya nak dia minta maaf balik dekat saya. Saya pun ada maruah diri, ada hati dan perasaan. Dia marah-marah depan orang ramai. Saya post video tu pun untuk rider lain takut dia ulangi semula.

Menurut Mohd Yusuf, semasa menerima notifikasi pesanan, di situ ada beritahu dia perlu cari lokasi sampai dapat.

@dahliamaz Inilah nasib food rider,pelbagai karenah pelanggan & pelbagai arahan, kita ikutkn.Rider pun manusia, cari rezeki.Pelanggan sila PIN LOCATION TEPAT & LETAK NOTE.#fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #masukberanda ♬ original sound – DahliaMaz

Setibanya di lokasi (mall), dia berasa pelik bagaimana dalam universiti ada mall? Dia kemudiannya menelefon pelanggan dan pelanggan memberitahu lokasi di pin betul.

Selepas mengambil makanan dia cari kira-kira satu jam di dalam mall malah telah bertanya kepada pengawal keselamatan di situ. Pengawal sendiri berkata tiada ‘universiti’ di dalam mall itu.

Saya keluar balik saya call customer, customer kata kau tak pandai cari sendiri ke? Saya dah cari satu jam. Lepastu saya waze universiti tu, saya tengok salah pin. Saya call customer saya tanya, tapi customer tak mengaku salah pin.

Lelaki ini berasa sebak pelanggan meninggikan suara, marah-marah dan menuding jari di mukanya meskipun itu bukanlah salah dirinya.

Saya balik rumah saya tengok anak bini, kemungkinan esok saya dah digantung kerja. Macam mana keluarga saya, punca saya cari rezeki macam ni je.

Siapa nak bela nasib rider macam kami ni, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak ada order kami duduk tepi jalan sorang-sorang.

Dengan nada sebak, rider ini mengaku dia dah menghantar makanan selama 10 tahun dan ini pertama kali perkara ini terjadi. Dia terpaksa membuat laporan polis kerana individu itu telah mengugut mahu menutup periuk nasinya.

Kredit: TikTok | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas