
Trending
‘Tangkap Cintan’ Dengan Isteri Orang, Warga Emas Maut Ditikam
Oleh
Tindakan seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang bermain cinta dengan isteri orang mengundang padah apabila dia disahkan maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suami wanita berkenaan.
BACA: Tidak Cukup Ditikam, Dipukul Dengan Kerusi Kayu dan Kipas Sehingga Maut
Memetik laporan daripada Kosmo, mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan di bahagian badan itu disahkan meninggal dunia kira-kira lima jam selepas bertarung nyawa di Hospital Serdang.
Difahamkan, mangsa dan wanita itu telah menjalin hubungan dalam tempoh satu hingga dua bulan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan memaklumkan bahawa pihak hospital menghubungi pihaknya selepas mereka menerima seorang pesakit dalam keadaan berlumuran darah.
Berdasarkan pemeriksaan dan rawatan awal, mangsa mengalami kecederaan serius akibat tikaman mengenai paru-paru kanan dan kesan tikaman benda tajam di paha dan bahu kanan.
Tambah Mohd. Zaid lagi, menerusi siasatan yang dibuat, suspek dikatakan menyerang mangsa ketika sedang berdua-duaan dengan isterinya di dalam sebuah kenderaan berhampiran pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn.
Suspek dikatakan marah dengan hubungan intim antara isterinya dengan mangsa.
Susulan laporan yang dibuat, polis telah menahan seorang lelaki dan wanita yang merupakan pasangan suami isteri di sekitar kawasan Hospital Serdang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.
Kredit: Kosmo
