
Trending
Tan Sri Abu Sahid Didakwa Pecah Amanah RM145 Juta Projek Lebuhraya MEX II
Tan Sri Abu Sahid Mohamed didakwa pecah amanah RM145 juta projek lebuh raya MEX II.
Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah bernilai lebih RM145 juta berkaitan projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) tujuh tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Abu Sahid yang hadir dengan berkerusi roda mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Abu Sahid pecah amanah RM145 juta

Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Pengarah Maju Holdings didakwa menyalahgunakan wang syarikat bernilai RM145,550,000 yang dibayar ke dalam akaun escrow Maybank Islamic Berhad milik Golden Base Construction Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah bank di Taman Serdang Perdana, Petaling Selangor antara 12 Januari hingga 13 Jun 2018.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Kes pernah dihadapkan sebelum ini

Sebelum ini, pada 8 September lalu, Abu Sahid pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan pecah amanah bernilai RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta yang turut membabitkan projek sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik.
Pssttt! Setinggi mana pun pangkat atau kedudukan, setiap amanah tetap tanggungjawab besar. Jangan sesekali mengambil kesempatan kerana undang-undang pasti menuntut keadilan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
