Connect with us

Oh! Media

Taktik Nak Duit Raya Lebih Tak Menjadi, Netizen Terhibur Lelaki Bertudung Dihempuk Kepala

Trending

Taktik Nak Duit Raya Lebih Tak Menjadi, Netizen Terhibur Lelaki Bertudung Dihempuk Kepala

Setiap kali musim perayaan, pasti ahli keluarga kita akan mengadakan rumah terbuka bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang hari raya sesama keluarga. Suasana rumah terbuka itu pastinya akan menjadi riuh dan kecoh, lebih-lebih lagi apabila ada di kalangan ahli keluarga kita yang jenis ‘masuk air’.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ya Allah RM14k Duit Raya Dia” – Netizen Teruja Tengok Angpau Raya Anak Neelofa

Taktik tak menjadi

Tular satu video yang dimuat naik @naeimsyafiq di TikTok, menunjukkan suasana hari raya yang disambut mereka sekeluarga. Dapat dilihat ia menjadi kecoh dan riuh ketika sesi pemberian duit raya kepada seisi keluarga.

@naeimsyafiq Balas kepada @mustaqim.08 nahh , harap bawak ke mimpi malam ni 😆 • #fypdongggggggg #FYP #salamaidilfitri #raya ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Apa yang mencuri perhatian netizen ialah, gelagat seorang lelaki dalam video tersebut yang mengenakan tudung sebagai taktik penyamarannya dan berbaris untuk mendapat duit raya untuk kali yang kedua.

Akan tetapi, kelicikannya itu disedari lantas kepalanya dihempuk oleh tuan rumah membuatkan mereka semua yang berada di situ ketawa terbahak-bahak.

Netizen geli hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima dengan bunyi ketukan yang agak kuat diterima lelaki yang mengenakan tudung berkenaan.

Kredit: TikTok naeimsyafiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas