Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Ya Allah RM14k Duit Raya Dia” – Netizen Teruja Tengok Angpau Raya Anak Neelofa

Anak kepada pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal mendapat perhatian netizen gara-gara duit raya yang dipercayai mencecah sehingga RM14,000.

BACA: “Sepatutnya Lahir Pada Hari Yang Sama Dengan Ummi Dia” – Neelofa

IKLAN

Dalam satu hantaran di TikTok, pasangan berkenaan dilihat sedang mengira jumlah duit raya daripada angpau yang diterima sepanjang seminggu menyambut Aidilfitri.

Video berdurasi pendek itu turut memaparkan Neelofa dan Haris mengucapkan syukur dan terima kasih kepada si pemberi. Murah rezeki Bilal!

@neelofa

♬ Eid Mubarak – Aayat Arif

Di ruangan komen, para peminat turut meluahkan rasa teruja dengan jumlah tersebut. Mereka secara berseloroh berkata duit raya itu boleh digunakan untuk membeli sebuah motosikal atau sebagai bayaran wang pendahuluan kereta.

Walaupun duit raya anak masing-masing tidak sebanyak Muhammad Bilal, mereka meluahkan rasa syukur dan percaya Neelofa juga seorang yang suka memberi.

Kredit: TikTok neelofa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas