Connect with us

Oh! Media

“Takkan Nak Tunjuk Keadaan Di Perut, Paha Saya” – Ustaz Kazim Jelaskan Isu Tular Kena Sihir Katak Puru

ustaz kazim sihir

Trending

“Takkan Nak Tunjuk Keadaan Di Perut, Paha Saya” – Ustaz Kazim Jelaskan Isu Tular Kena Sihir Katak Puru

Semalam, kecoh di media sosial apabila penceramah terkenal, Datuk Kazim Elias menunjukkan keadaan luka di tangannya di mana timbul ketulan kecil berwarna hitam. Ustaz Kazim memohon orang ramai membantunya untuk mengubati penyakit itu.

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, ada yang mendedahkan bahawa luka itu hanyalah Special Effect Makeup (SFX) untuk penggambaran sebuah filem. Pendedahan itu menimbulkan rasa musykil orang ramai sama ada ianya benar atau tidak.

BACA: Tular Luka Di Tangan Ustaz Kazim Hanya ‘Solekan’, Ini Respon Jurusolek Yang Bertanggungjawab

Menerusi siaran langsung bertajuk bertajuk ‘Prank, Berlakon atau Real’ pagi tadi, Ustaz Kazim telah tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Ustaz Kazim nafi prank atau menipu sakit

Katanya memang benar gambar adalah kesan mekap untuk shooting, tetapi itulah keadaan dirinya yang sebenar tetapi disembunyikan.

Beliau yang berasa malu dan rendah diri berkata menyiarkan gambar lengan sebagai kiasan kepada luka yang ada pada badannya.

Takkan saya nak tunjuk aurat saya dalam Facebook? Benda tu jadi sini, jadi tang sana. Benda tu aib pada saya. Saya nak cerita, kebetulan mereka buat di lengan, saya masukkanlah. Takkan saya nak tunjuk keadaan di perut saya, di paha saya.

Jelas beliau, hanya orang terdekat iaitu isteri dan anak-anak tahu keadaan sebenar dirinya kini. Ini sekaligus menafikan dakwaan beliau telah menipu. Beliau juga sudah cuba berubat ke banyak tempat termasuk jumpa doktor pakar namun tidak juga sembuh.

Beliau terpaksa mendedahkan kepada umum kerana sudah tidak tahan berasa sakit.

Video penuh:

Beliau juga difahamkan cuba untuk mengenalpasti bomoh di Thailand yang dipercayai mengenakan sihir kepadanya seperti yang diperkatakan sesetengah pihak sebelum ini.

Semoga urusan ustaz dipermudahkan dan sembuh seperti sedia kala.

Kredit: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas