Connect with us

Oh! Media

Tak Tahu Punca Kematian Anak Hingga Kini, Ibu Bapa Nekad Saman Hospital

Trending

Tak Tahu Punca Kematian Anak Hingga Kini, Ibu Bapa Nekad Saman Hospital

Pasangan suami isteri nekad dengan tindakan undang-undang terhadap hospital yang didakwa cuai ketika merawat anak tunggal mereka berusia dua bulan sehingga meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Kantoi Tertukar Bayi Lepas Buat Ujian DNA, Remaja Tuntut RM14 Juta

Memetik laporan Harian Metro, ibu Rosilawati Ismail berkata, pihak Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) sudah bertemunya menjelaskan apa yang berlaku, tetapi ada beberapa perkara yang dia dan suami tidak berpuas hati.

Sehingga kini punca kematian anak belum dimaklumkan kepada kami dan pihak hospital memaklumkan perlu menunggu sehingga dua bulan.

Katanya, tindakan diambil demi menuntut keadilan kematian anak selain tidak berpuas hati dengan pihak hospital yang merawat anak ketika itu.

Terdapat beberapa perkara yang kami tidak berpuas hati ketika anak menerima rawatan termasuk isu susu yang diberikan hampir tamat tempoh selain diberi ubat tidur tanpa kebenaran.

Jelasnya lagi, pihaknya sudah melantik peguam dan sedang menunggu tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian pengguna Facebook Ola Ola mendakwa doktor cuai sehingga menyebabkan kematian anak.

Menurut wanita ini, pada 5 Februari anaknya mengalami cirit birit dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HRPZ II.

Pada 8 Februari, anak dikatakan semakin sembuh dan dipindahkan ke wad biasa.

Ketika berada di wad berkenaan, doktor meminta saya menukar susu anak yang dibekalkan pihak hospital dengan alasan anak saya mengalami alahan.

Saya dapati tarikh luput pada tin susu berkenaan bertarikh 12 Februari iaitu hampir tamat. Malah, ketika saya membancuh susu berkenaan, ia meragukan seolah-olah sudah basi.

Dakwanya, dia ada bertanyakan doktor mengenai susu itu, doktor memaklumkan masih boleh digunakan jika belum berkulat.

Wanita ini mendakwa lagi, beberapa hari kemudian, anaknya kembali tidak sihat dan diberi ubat tidur tanpa kebenaran.

Katanya, pada masa yang sama anak perlu berpuasa selama lima hari dengan alasan perut anak perlu direhatkan.

Disebabkan tak berpuas hati, dia memohon anak dipindahkan ke hospital lain tetapi tidak dibenarkan sebelum anak mengalami demam panas.

Kredit: Harian Metro | Facebook Ola Ola | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas