Connect with us

Oh! Media

Kantoi Tertukar Bayi Lepas Buat Ujian DNA, Remaja Tuntut RM14 Juta

Trending

Kantoi Tertukar Bayi Lepas Buat Ujian DNA, Remaja Tuntut RM14 Juta

Di Madrid Sepanyol, seorang remaja berusia 19 tahun menuntut bayaran ganti rugi sebanyak £2.5 juta (RM14 juta) selepas mendapati dia menjadi mangsa tertukar bayi semasa lahir.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Tertukar Di Hospital Kembali Ditemukan, Anggap Ini Satu Pengajaran Yang Tak Dilupakan

Memetik laporan Sky News, gadis itu dipercayai tertukar ketika ditempatkan di wad bersalin sebuah hospital di La Rioja pada tahun 2002.

tertukar bayi
Sekadar gambar hiasan

Pada ketika itu, dia dan seorang lagi bayi mengalami masalah kekurangan berat dan terpaksa diletakkan di dalam inkubator untuk pemantauan.

Kejadian ini hanya disedari selepas salah seorang daripada mereka membuat ujian DNA. Hasil ujian menunjukkan mereka tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa masing-masing.

Ketua Jabatan Kesihatan di wilayah La Rioja, Sara Alba, menerusi kenyataan media berkata, mereka tidak dapat memastikan siapa yang bertanggungjawab terhadap kecuaian ini.

bayi tertukar
Sekadar gambar hiasan

Jelasnya, sistem yang digunakan pada waktu itu berbeza dan tidak dikemaskini melalui komputer seperti sekarang. Dia walau bagaimanapun berjanji akan memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Difahamkan, pihak hospital memberi respon selepas pendedahan yang dibuat remaja berkenaan tular.

Kredit: Sky News | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas