Connect with us

Oh! Artis

“Tak Tahu Kenapa Lelaki Mesej, Saya Ni Suka Perempuan” – Niat Nabil Aqil Nak Cari Calon Isteri Terbantut

Dalam pada ramai yang sibuk mencari calon isteri, tidak terkecuali juga dengan pelakon Nabil Aqil.

Nabil atau nama lengkap Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin yang kini berusia 26 tahun berkata dia telah menerima banyak kiriman mesej, tetapi apa yang mengejutkan ialah mesej yang diterima kebanyakannya daripada kaum lelaki.

IKLAN

Menerusi laporan mStar, ada di antara mereka yang meletakkan harapan untuk keluar bersama pelakon tersebut.

Saya pun tak faham kenapa lebih ramai lelaki yang mesej saya berbanding perempuan. Kebanyakannya meletakkan harapan tinggi untuk ajak saya keluar, ada yang sekadar bertanya khabar.

Saya tak tahu kenapa lelaki mesej saya, saya ni suka perempuan. Adakah ini ujian untuk saya? Berat juga ujian ini asyik didatangi dengan kaum lelaki sahaja. Perempuan ada tapi tak ramai pula.

Ujarnya, dia tidak pernah melayan sebarang mesej yang tidak bermanfaat kerana dia betul-betul ingin mencari calon isteri.

Saya tidak pernah melayan mana-mana lelaki yang saya tidak kenal menghantar mesej. Prinsip saya untuk berkahwin dan saya mencari perempuan bukan lelaki.

Jadi saya memang tidak pernah melayan mesej-mesej begitu.

Sebelum ini, Nabil pernah memuat naik tangkap layar yang memaparkan mesej yang diterima daripada golongan lelaki di TikTok.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas