Connect with us

Oh! Media

”Tak Pernah Cari Salah Menantu, Tak Minta Sesen Pun Duit” – Prince Syed Luah Penghargaan Buat Ibunya

Ohmedia prince Syed

Trending

”Tak Pernah Cari Salah Menantu, Tak Minta Sesen Pun Duit” – Prince Syed Luah Penghargaan Buat Ibunya

Prince Syed puji ibunya sebagai ibu dan mentua terbaik, tak toksik, tak cari salah menantu dan tak pernah minta duit anak. Kisah menyentuh hati ini raih pujian ramai.

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mencuri perhatian warganet selepas berkongsi luahan penuh penghargaan terhadap ibunya, yang disifatkan sebagai contoh terbaik seorang wanita bergelar ibu dan mentua.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Prince meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian ibunya yang sentiasa membawa aura positif dalam keluarga, malah tidak pernah menjadi individu toksik atau mencetuskan konflik dalam rumah tangga anak-anak.

Ini baru betul namanya seorang ibu, layak digelar ibu terbaik, sentiasa menjadi aura positif bukan jadi orang tua yang negatif dan toksik.

Prince Syed puji sikap ibunya

@prince.syed.shahid

Ini baru betul namanya seorang ibu , layak digelar ibu terbaik , sentiasa menjadi aura positif bukan jd orang tua yang -ve dan toksik … x pernah cari kesalahan menantu 🙂 menantu perangai macam2 pon tapi sentiasa jd pendamai 🙂 bukan jadi api dan toksik yang sangat memusnahkan dan runtuhkan rumahtangga anak beranak , pastu tak pernah minta sesen pon duit walaupon dari anaknya sendiri 🙂

♬ Dil Kehta Hai – Kumar Sanu & Alka Yagnik

Menurut Syed, ibunya juga tidak pernah mencari kesalahan menantu, walaupun menyedari setiap individu mempunyai sikap dan kelemahan tersendiri.

IKLAN

Sebaliknya, ibunya sentiasa memilih untuk menjadi pendamai apabila berdepan sebarang isu dalam keluarga.

Tak pernah cari kesalahan menantu. Menantu perangai macam-macam pun tapi sentiasa jadi pendamai, bukan jadi api dan toksik yang sangat memusnahkan dan runtuhkan rumah tangga anak-beranak.

Luahan itu nyata menyentuh hati ramai, terutama mereka yang memahami cabaran hubungan mentua dan menantu dalam kehidupan berkeluarga.

Tak pernah minta balasan, termasuk soal duit

Prince Syed

Lebih menyentuh perasaan, Syed turut berkongsi bahawa ibunya tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada anak-anak, termasuk dari segi kewangan, walaupun telah banyak berkorban sepanjang hidup.

Pastu tak pernah minta sesen pun duit walaupun daripada anaknya sendiri.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji sikap ibu Syed sebagai contoh mentua idaman serta figura ibu yang wajar dijadikan teladan dalam membina keluarga harmoni.

Pssttt! Keluarga yang harmoni bermula daripada sikap saling memahami dan merendahkan ego. Kadangkala, menjadi pendamai jauh lebih berharga daripada menjadi pihak yang sentiasa mahu menang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas