
Trending
“Tak Masuk Akal” – Pengarah Urusan Jakel Minta Netizen Henti Dakwaan ‘Claim’ Insurans
Oleh
Tular di media sosial mengenai Gedung Tekstil Wisma Jakel yang telah terbakar di Seksyen 7, Shah Alam pada minggu ini.
BACA: “Itu Hasil Usaha Bapak Hang, Mak Hang, Tok Hang…” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Isu Jakel
Oleh disebabkan punca kebakaran yang belum dikenal pasti, segelintir netizen mendakwa bahawa kebakaran tersebut bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans. Eh yeke?
Henti sebar fitnah
@selangortv Kebakaran besar di Jakel, Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi tadi. #BeritadiTikTok #Selangortiktok
♬ original sound – SelangorTV – SelangorTV
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel meminta agar pihak netizen untuk menghentikan dakwaan yang tidak berasas itu.
Beliau mengatakan bahawa tindakan sengaja membakar wisma itu demi tuntutan insurans disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim juga menasihatkan netizen bahawa dakwaan seperti itu boleh memakan diri jika pemilik Jakel mula mengambil tindakan undang-undang.
Kredit: Utusan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
