Connect with us

Oh! Media

“Tahap Rasuah Dalam Pentadbiran Terlalu Buruk, Sampaikan…” – Mahathir Mohamad

mahathir mohamad

Trending

“Tahap Rasuah Dalam Pentadbiran Terlalu Buruk, Sampaikan…” – Mahathir Mohamad

Terdapat individu yang ingin membuat pertemuan dengan seseorang menteri diminta untuk bayar wang sebanyak RM100,000. Biar betul?

BACA : Tun Mahathir Perli Ahli Parlimen di Dewan Rakyat?

Menurut laporan Sinar Harian, tahap rasuah dalam pentadbiran negara telah memburuk dan perkara ini dikatakan sendiri Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

IKLAN

Menerusi buku biografi beliau yang bertajuk ‘Capturing Hope’, perkara tersebut telah didedahkan dan ianya merupakan pengalamannya sendiri ketika menerajui semula negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Buku tersebut mengisahkan perjalanan Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 sehingga perletakan jawatannya dalam tempoh 3 tahun. Bukan tu jer, ada juga beberapa peristiwa yang tertulis selepas perletakkan jawatannya itu.

Saya berharap ia akan menjelaskan kepada orang ramai apa berkenaan situasi pentadbiran negara yang tidak kompeten dan juga korup. Rasuah telah menjadi sangat buruk.

Kita dapati ia turut melibatkan perkara yang sederhana seperti keperluan untuk seseorang individu membayar sebanyak RM100,000 bagi berjumpa dengan seorang menteri. Ini adalah antara perkara yang berlaku.

Tidak kira siapapun, jangan sesekali mengambil atau menerima rasuah kerana ianya merupakan berbuatan yang salah!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas