Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Perli Ahli Parlimen di Dewan Rakyat?

c4ce3016 d3b5 4d32 8ba7 3d9ae09aa9ec

Oh! Negara

Tun Mahathir Perli Ahli Parlimen di Dewan Rakyat?

Beberapa Ahli Parlimen yang berdepan tuduhan mahkamah di perli oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana masih boleh berucap lama di Dewan Rakyat, biar betul?

BACA : “Perangai Sebijik Tun Mahathir” – Najib Akan Saman Fitnah Muhyiddin Yassin?

Menurut laporan Astro Awani, kumpulan yang dikatakan itu lebih mementingkan ucapan di Dewan Rakyat berbanding menghadiri penghakiman di mahkamah dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Langkawi itu.

IKLAN

Di Malaysia ini kita dapati keadaan rule of law sudah berbeza. Sekarang ini kita dapati banyak orang didapati bersalah tetapi masih lagi terus menjadi wakil rakyat.

Umpamanya, menasihati kerajaan bagaimana membelanjakan belanjawan kita (negara) dan tiada tindakan yang diambil terhadap orang ini walaupun mereka boleh hadir dalam dewan dan membuat ucapan panjang-panjang.

Tetapi tak ada masa untuk menghadapi hakim di mahkamah. Jadi, keadaan ini perlulah ambil ingatan bahawa yang diutamakan ialah ucapan di dewan, bukan hukuman terhadap kesalahan.

Siapa makan cili, dia rasa pedas. Antara Ahli Parlimen yang sedang menghadapi prosiding perbicaraan ialah Datuk Seri Najib melibatkan kes 1MDB, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah serta pengubah wang haram dan Lim Guan Eng yang turut melibatkan rasuah.

Kredit: Astro Awani 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas