Connect with us

Oh! Media

Tahap Oksigen Abang Allahyarham Siti Sarah Menurun, Shuib Fobia

Trending

Tahap Oksigen Abang Allahyarham Siti Sarah Menurun, Shuib Fobia

Selesai majlis tahlil semalam, pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu memaklumkan abang allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor selepas tahap oksigen di dalam badannya menunjukkan penurunan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Shuib Melutut Depan Saya Dan Kata Siti Dah Tak Ada” – Raissuddin Hamzah

Menurut Shuib, abang iparnya itu sudah lapan hari dikuarantin. Dia segera dikejarkan ke hospital selepas mendapati oksigen turun ke 94 peratus. Walau bagaimanapun dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

oksigen menurun

Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya.

Shuib yang mengakui fobia dengan keadaan tersebut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan baik.

oksigen menurun

Pelawak ini turut menyeru orang ramai memeriksa diri sendiri menggunakan oksimeter dan menyediakan vitamin sepatutnya untuk menjaga imunisasi badan.

Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang.

Berita tersebut turut disahkan abang allahyarham menerusi hantaran terbaru di laman Facebook. Dia memohon sahabat-sahabat mendoakan agar dia mampu melawan virus pembunuh ini.

Terdahulu, seramai lebih 600 kenalan termasuk selebriti menyertai bacaan tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Siti Sarah yang dilakukan secara maya malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas