Connect with us

Oh! Media

“Shuib Melutut Depan Saya Dan Kata Siti Dah Tak Ada” – Raissuddin Hamzah

raissuddin

Oh! Artis

“Shuib Melutut Depan Saya Dan Kata Siti Dah Tak Ada” – Raissuddin Hamzah

Sudah masuk hari ketiga pemergian arwah Siti Sarah dan seluruh rakyat Malaysia masih bersedih. Bapa arwah, Raissuddin Hamzah yang sebelum ini tidak mahu berjumpa dengan wartawan turut meluahkan rasa sedihnya atas pemergian anak tersayang di dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ibu Di Syurga” – Klip Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Undang Sedih

“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya”, kata Raissuddin. Beliau turut berkongsi detik-detik apabila menantunya Shuib datang memaklumkan pemergian Sarah.

Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada. Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa. – Luahnya.

Bagaimanapun, beliau menerima takdir yang talah ditetapkan Allah dan memohon agar semua mendoakan arwah anaknya Siti Sarah tenang di sana.

raissuddin

Raissuddin yang merupakan seorang penyanyi popular sekitar tahun 1980-an turut berkongsi tentang sikap anaknya yang sangat taat kepada orang tua.

Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah dan melawan cakap saya. Allahyarham juga seorang yang manja dengan saya. Banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.Sebelum berkahwin, banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Kami banyak  bersama sampailah saya lepaskan dia untuk dijaga oleh Shuib.

Sehari sebelum dia pergi ke hospital, semasa saya sedang baring di atas sofa, dia datang pegang tangan saya Kami berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa. – Kongsinya.

Majlis bacaan yassin secara online itu dihadiri lebih 600 kenalan selebriti dan kenalan Allahyarham Siti Sarah. Turut bersama adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Kami di Ohmedia turut masih terkesan dengan pemergian arwah Siti Sarah apatah lagi bila semakin banyak kebaikan arwah diceritakan satu persatu. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas