Connect with us

Oh! Media

Syarikat Bakal Saman Netizen Sebar Fitnah, Nafi Produk Sotong Ring Daripada Dubur B*bi

Trending

Syarikat Bakal Saman Netizen Sebar Fitnah, Nafi Produk Sotong Ring Daripada Dubur B*bi

Baru-baru ini, viral di media sosial dakwaan kononnya produk sejuk beku sotong ring diperbuat daripada dubur babi. Dakwa individu itu, produk berkenaan bukan daripada sotong sebenar berdasarkan ciri-cirinya yang besar dan putih. Uish biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Ragu Status Halal Bantuan Banjir Gurdwara, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Susulan itu, Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan siasatan dan memohon orang ramai tidak melakukan sebarang spekulasi.

Memetik laporan MalaysiaKini, syarikat produk sejuk beku itu dalam sidang media pada Rabu menafikan khabar angin yang tular. Pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang sebar perkara tidak sahih itu.

Rodney Soon selaku Ketua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources berkata, pihaknya mendapati di Facebook ada dua netizen memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka iaitu Dayou Group di China.

Jelasnya, dakwaan yang dibuat individu itu telah merosakkan imej sekaligus menjejaskan jualan menyebabkan syarikat rugi besar.

Foto: MalaysiaKini (Wong Weng Loon)

Laporan polis juga telah dibuat dan pihaknya menggesa siasatan segera dibuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia  untuk membersihkan nama syarikatnya.

Dalam sidang media itu, proses penghasilan cincin sotong serta sijil halal bagi produk itu turut ditunjukkan. Pihaknya sedia bekerjasama dengn Jakim menghantar sampel produk untuk ujian makmal.

Kredit: MalaysiaKini | Foto: Wong Weng Loon

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas