Connect with us

Oh! Media

Ramai Ragu Status Halal Bantuan Banjir Gurdwara, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Trending

Ramai Ragu Status Halal Bantuan Banjir Gurdwara, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Bencana banjir yang berlaku di sekitar Selangor baru-baru ini menyaksikan ramai sukarelawan turun padang untuk membantu mereka yang memerlukan.

ADVERTISEMENT

BACA: Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mangsa Banjir Pecah Masuk Ambil Barang

Ini termasuklah Gurdwara Sahib di Petaling Jaya yang menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang kelaparan.

Namun, ada pula segelintir netizen yang meragui status halal makanan yang diagihkan tersebut.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiada masalah untuk orang beragama Islam makan hidangan yang disediakan oleh bukan Muslim selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.

dr zulkifli

Dr Zulkifli memberi respon tersebut kepada ciapan seorang pengguna Twitter berketurunan Punjabi yang menjelaskan rumah ibadat Sikh (gurdwara) itu hanya menyediakan makanan berasaskan sayuran dan dijamin halal.

dr zulkifli

Tambah Dr Zulkifli lagi, isu ini termasuklah agihan bantuan atau rumah terbuka yang mana majoriti saudara berlainan agama memahami konsep halal.

Walau bagaimanapun, untuk situasi kedai makan, orang ramai perlu mencari restoran yang mempunyai logo halal JAKIM yang semestinya diyakini dari segi syarak dan bersih.

Kredit: Twitter Dr Zulkifli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas