Connect with us

Oh! Media

Syafie Naswip Sanggup Lelong Trofi Untuk Bantu Orang Susah

Syafie Naswip

Trending

Syafie Naswip Sanggup Lelong Trofi Untuk Bantu Orang Susah

Sejak awal tahun lepas, ramai individu yang terkesan teruk disebabkan penularan Covid-19, oleh itu pelakon Syafie Naswip, nekad akan melelong trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang dimenanginya melalui filem Songlap. 

Syafie berkata, meskipun berat hatinya untuk melepaskan trofi tersebut, tetapi dia memerlukan wang untuk membantu orang yang sangat kesempitan di waktu ini.

“Selain melelong pakaian-pakaian saya pada harga RM10 hingga RM50 untuk projek amal ini, saya juga dengan rela hati nak lelong trofi FFM25 ini dengan membuka tawaran harga dari RM10,000.

“Bagi sesiapa yang berminat boleh membida harga trofi ini. Wang dari jualan itu nanti keseluruhannya akan saya guna untuk membeli barang keperluan bagi membantu golongan memerlukan. Saya takkan ambil satu sen pun untuk kegunaan peribadi,” kata Syafie. 

Menurut pelakon itu, sayu hati Syafie dan adiknya apabila merenung kesusahan hidup yang ramai sedang menanggung waktu ini akibat penularan Covid-19 yang belum ada pengakhiran. 

IKLAN

“Kami fikir dengan cara melelong trofi kemenangan ini adalah kaedah terbaik untuk kami dapatkan wang bagi membantu orang lain yang dalam kesusahan ketika ini. Untuk kami, Insya Allah boleh lagi bertahan dan teruskan usaha mencari rezeki selagi termampu.

“Saya juga berasakan pada masa sekarang, kita tak payah salahkan sesiapa termasuk kerajaan atau orang di sekeliling kita. Ini kerana tak ada siapa pun yang minta perkara ini berlaku. Sekarang, kita terus sebarkan kasih sayang yang ada untuk kuatkan sekeliling kita,” katanya.

Syafie juga berkata, ramai orang sangat memerlukan bantuan untuk membeli keperluan dapur dan barangan bayi berdasarkan kiriman mesej di Instagram yang diterima olehnya setiap hari.

“Ada juga yang minta dibantu kewangan, dapat dikirimkan RM20 pun dah okay bagi mereka. Melihat situasi ini, hati saya memang tersentuh. Jadi, saya dan adik ambil inisiatif buat jualan ‘preloved’ baju dan trofi ini.

“Apapun untuk trofi yang nak dilelong, pembida berminat setakat ini meletakkan harga RM2,000. Jadi, saya akan tunggu sehingga mencapai harga lelong yang disasarkan. Insya-Allah, usaha kami ini akan berjaya,” kata pelakon tersebut.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas