Connect with us

Oh! Media

Syafie Naswip Syukur Trofi FFM25 Terjual, Hasrat Bantu Orang Susah Tercapai

Lain Macam Dia Punya Cara Ni

Oh! Artis

Syafie Naswip Syukur Trofi FFM25 Terjual, Hasrat Bantu Orang Susah Tercapai

Pelakon berbakat, Syafie Naswip dilaporkan telah berjaya menjual trofi kemenangan yang diperolehnya ketika Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10,000.

Jelas Syafie, dia berharap agar usaha kecilnya itu dapat membantu lebih ramai orang-orang yang terjejas ketika berdepan dengan pandemik.

Perkara tersebut turut dikongsikan pelakon filem Mukhsin ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

IKLAN

Alhamdullilah syukur terima kasih kepada @abampeahofficial kerana membeli trofi FFM25. Semoga dengan ini saya dapat membantu orang-orang yang memerlukan di luar sana dan semoga dengan hati yang mulia @abampeahofficial ni, Allah kurniakan rezeki melimpah ruah, umur yang panjang dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Syafie dalam pada itu turut memuat naik foto pemuda tersebut yang memegang trofi FFM25 yang dibelinya itu.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil memberikan pujian kepada kedua-dua figura ini kerana berusaha untuk meringankan beban mereka yang memerlukan di luar sana.

Kredit: Instagram Syafie Naswip

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas