Connect with us

Oh! Media

Suspek Mengaku Ambil Barang Kemas, Gadai Untuk Tengok ‘Game’ Harimau Malaya Di Kemboja

Ohmedia bunuh

Trending

Suspek Mengaku Ambil Barang Kemas, Gadai Untuk Tengok ‘Game’ Harimau Malaya Di Kemboja

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai penemuan mayat wanita reput di Tabuan Jaya, Kucing Sarawak dipercayai akibat dibunuh.

BACA: Misteri Kehilangan Wanita Ini Akhirnya Terjawab, Mayat Ditemui Dalam Longkang

Penemuan mangsa membawa kepada tangkapan ke atas suspek lelaki berusia 23 tahun. Terbaru, Harian Metro melaporkan motif pembunuhan melibatkan keperluan wang.

IKLAN

Suspek terdesak mahu wang tonton ‘game’ Harimau Malaya di Kemboja

Suspek

Suspek utama mengaku terpaksa bertindak demikian demi menampung perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh pada 8 Disember lalu.

Gadai barang kemas mangsa

Suspek

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, menjelaskan bahawa siasatan mendalam membawa kepada pengakuan suspek.

Barang kemas milik mangsa, termasuk gelang tangan dan anting-anting emas, diambil suspek untuk digadai bagi mendapatkan wang tunai.

Suspek Bunuh

Terdahulu, ahli keluarga melaporkan mangsa, Nurul Asikin Lan tidak tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang lelaki warga tempatan.

Keluarga telah membuat laporan polis dan berita kehilangannya turut tular di media sosial berserta gambaran lelaki yang keluar dengannya.

Mayat mangsa kemudian ditemui selepas 10 hari hilang dalam keadaan mereput. Dalam tempoh itu, suspek masih boleh dihubungi namun tidak pernah menjawab panggilan.

Suspek juga dikatakan sempat terbang ke Kemboja untuk menonton perlawanan bola Malaysia menentang negara itu.

Ohmedia bunuh

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas