Connect with us

Oh! Media

Misteri Kehilangan Wanita Ini Akhirnya Terjawab, Mayat Ditemui Dalam Longkang

Copy of Untitled Design   2

Oh! Tidak

Misteri Kehilangan Wanita Ini Akhirnya Terjawab, Mayat Ditemui Dalam Longkang

Misteri kehilangan seorang wanita, Nurul Asikin Lan berusia 28 tahun sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching, pada Sabtu. Allahu..

Menurut laporan TVS, penemuan tragis ini mengundang persoalan dan menimbulkan kesedihan dalam kalangan keluarga dan kenalan.

Suspek berusia 23 tahun ditahan 

Img 5781

Seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes ini dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah. 

IKLAN

Proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan segera bagi melengkapkan siasatan.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Disember untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun bersama sebatan.

Keluar bersama lelaki baru dikenali?

Img 5782

Dalam satu hantaran Facebook, seorang individu dipercayai saudara mangsa mendakwa bahawa Allahyarhamah Asikin gagal dihubungi selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 5 Disember lalu. 

Penemuan mayat ini akhirnya mengakhiri pencarian penuh harapan oleh keluarga sejak kehilangannya.

Bapa mangsa iaitu Lan Endor meluahkan kesedihan atas kehilangan anak sulungnya itu. 

Beliau juga berharap agar kematian Asikin mendapat pembelaan yang adil dan pelaku menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

#OhmediaNasihat

Perkenalan dengan individu baharu perlu dilakukan dengan berhati-hati, terutama dalam dunia yang semakin mencabar ini. 

Pastikan kita memberitahu keluarga atau rakan terdekat tentang keberadaan kita, lebih-lebih lagi jika keluar dengan seseorang yang baru dikenali.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TVS


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas