Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Jatuh Flyover Cuba Elak Motor Lawan Arus, Netizen Desak Cari Pelaku Ke Lubang Cacing

Jatuh Flyover

Oh! Tidak

Lelaki Maut Jatuh Flyover Cuba Elak Motor Lawan Arus, Netizen Desak Cari Pelaku Ke Lubang Cacing

Tular di media sosial hari ini video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kemalangan yang berlaku di flyover susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Rakaman menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas sebelum tercampak ke bawah jambatan ketika cuba mengelak penunggang motosikal yang melawan arus.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan mangsa yang jatuh pada ketinggian kira-kira 30 meter meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah.

IKLAN

Lelaki maut tercampak daripada flyover

Kemalangan

Kini pihak polis sedang giat mengesan penunggang motosikal melawan arus tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di media sosial, orang ramai turut mengutuk tindakan cuai penunggang motosikal yang menyebabkan kematian orang lain. Netizen mahu pelaku tampil menyerah diri dan bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Maut

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kemalangan. Semoga ada keadilan untuk mangsa. Al-fatihah.

Kredit: Astro Awani | Twitter Amrlamnnn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas