Trending
Suami Sedar Norshamira Tak Pulang Jam 5 Pagi Lepas Keluar COD Sambal Bilis
Seorang peniaga, Norshamira Zainal maut disyaki dibunuh ketika keluar menghantar makanan (COD) kepada pelanggannya.
Mayat mangsa ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis.
Isteri keluar cod makanan kepada pelanggan

Memetik laporan Sinar Harian, suami Allahyarham, Mohammad Afiq Akhmal Nudin memaklumkan isterinya keluar seperti biasa untuk berniaga sambal ikan bilis yang diusahakan sejak setahun lalu.
Kali terakhir mereka berhubung adalah menerusi mesej pada jam 7.00 petang Rabu, di mana Allahyarham memaklumkan keluar menghantar pesanan pelanggan dan akan pulang lewat.
Namun, isterinya tidak memaklumkan lokasi penghantaran dibuat. Mohammad Afiq Akhmal pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah menjadi kebiasaan isterinya keluar menghantar tempahan selepas dia pulang dari kerja di Indera Mahkota.
Suami sedar isteri tak pulang jam 5 pagi

Selalunya bila saya sampai rumah di Sungai Soi, dia akan keluar hantar tempahan dan pulang pada hari yang sama. Namun kali ini, saya bimbang kerana dia tidak pulang seperti biasa. Saya hanya sedari dia tidak pulang kira-kira jam 5 pagi hari berikutnya sebelum keluar mencarinya.
Perasaan gelisah semakin memuncak apabila menyedari isterinya masih belum pulang menjelang subuh. Dia segera keluar mencari dengan bantuan rakan-rakannya, sebelum akhirnya menemukan kereta yang dipandu isterinya berhampiran jambatan Tanjung Lumpur.
Suami yang ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) berkata lagi, dengan bantuan rakan, isterinya berjaya ditemui namun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM