Connect with us

Oh! Media

Mayat Wanita Ditemui Membusuk Dalam Bilik Dipercayai Dibunuh, Anak Saudara Ditahan

Ohmedia copy of Untitled Design 11

Oh! Tidak

Mayat Wanita Ditemui Membusuk Dalam Bilik Dipercayai Dibunuh, Anak Saudara Ditahan

Seorang mayat wanita ditemukan di dalam sebuah bilik di Taman Puteri Lindungan Bintang, Pasir Puteh hari ini berdasarkan laporan daripada Sinar Harian.

Bau busuk punca penemuan

Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, Ketua Polis Daerah Ipoh berkata, pihaknya mendapat makluman ini daripada orang awam dan penemuan mangsa bermula daripada bau busuk.

Mayat wanita ini merupakan warga tempatan yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terkurung di dalam rumah tersebut.

IKLAN

Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mayat mangsa dalam keadaan membusuk dan dihantar terus ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian.-Katanya

Disyaki kes bunuh!

Mengikut kepada sumber siasatan pantas, kes ini telah membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang merupakan anak saudara mangsa, berusia 21 tahun untuk membantu siasatan.

Pihak polis turut mengesahkan, keputusan saringan air kencing lelaki tersebut negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Oleh itu, pihak polis memohon kepada orang ramai, jika mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil memberi keterangan.

Ohmedia copy of Untitled Design 11

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas