Connect with us

Oh! Media

“Suami Saya Bukan Biasa-Biasa” – Ustazah Siti Afifah Tak Kisah Dikecam, Doa Allah Ketuk Hati Netizen

Ustazah Siti Afifah

Trending

“Suami Saya Bukan Biasa-Biasa” – Ustazah Siti Afifah Tak Kisah Dikecam, Doa Allah Ketuk Hati Netizen

Nama Ustazah Siti Afifah menjadi tumpuan selepas menggelar para suami dayus jika membiarkan isteri mereka bersalin dengan doktor lelaki.

Selain kenyataan suami dayus, ustazah ini turut berkata roh dan jiwa seseorang akan rosak jika bersalaman dengan artis.

BACA: “Jumpa Ulama Berebut Nak Salam” – Ustazah Viral Dakwa Salam Artis Boleh Buat Roh Dan Jiwa Rosak

IKLAN

Dalam laporan Harian Metro, Ustazah Siti Afifah sudah memaafkan dan tak marah dengan netizen yang kritik dirinya.

Tak kisah netizen marah

Doktor lelaki bersalin ohmedia 1

Ustazah menganggap ramai salah faham dengan kenyataannya kerana hanya menonton video pendek yang dah disunting.

Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama. Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. 

Katanya, darah yang mengalir dalam dirinya itu membuat beliau nak tahu dengan lebih dalam pasal agama Islam.

Nafi kejar duit, glamour

Suami ustazah 630x388 1

Ustazah ini turut menafikan kritikan kejar duit dan glamour. Beliau bersuara atas dasar tanggungjawab mewakili wanita yang tak mampu.

Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin?

Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah.

Ustazah Siti Afifah juga tak gentar dengan kritikan manusia. Setiap kecaman yang diterimanya menandakan Allah SWT sayang dan dekat dengannya.

Beliau berdoa Allah SWT mengetuk pintu hati netizen untuk faham apa yang beliau cuba perjuangkan satu hari nanti.

Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka.

Beliau memohon orang ramai baca kenyataan yang dikongsi Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengenai hukum perkara itu untuk lebih faham.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas