Connect with us

Oh! Media

“Jumpa Ulama Berebut Nak Salam” – Ustazah Viral Dakwa Salam Artis Boleh Buat Roh Dan Jiwa Rosak

Trending

“Jumpa Ulama Berebut Nak Salam” – Ustazah Viral Dakwa Salam Artis Boleh Buat Roh Dan Jiwa Rosak

Sebelum ini viral di media sosial isu melibatkan suami yang dilabel dayus gara-gara membenarkan doktor lelaki menyambut isteri bersalin.

ADVERTISEMENT

Isu ini mula menjadi hangat selepas seorang ustazah mengeluarkan kenyataan tersebut. Ustazah ini meminta para suami kumpul duit supaya isteri boleh bersalin di hospital swasta di mana mereka boleh ‘request’ doktor wanita.

BACA: Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok Aurat Bawah Isteri Ketika Bersalin

Terbaru, tular pula video memaparkan ustazah ini mendakwa jiwa dan roh seseorang akan rosak jika bersalaman dengan artis.

Beliau memberi perbandingan orang dulu-dulu yang berebut mahu bersalam dengan ulamak, tapi kini orang berebut mahu salam dengan artis.

@sunnahtidakberbohong #aurasalam #sunnahtidakpernahbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Orang dulu-dulu dia berebut kalau jumpa ulamak, berebut-rebut nak salam bukannya kita berebut-rebut nak salam artis. Salam artis tu rosak roh kita, jiwa kita akan rosak. Bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya, roh kita rosak jiwa kita akan rosak.

Ustazah ini juga menegur anak-anak supaya mencium tangan ibu bapa dengan betul, bukannya meletakkan tangan ibu bapa ke dahi.

Katanya berjumpa ibu bapa dan orang tua pun akan beri rohnya tersendiri. Bersalaman sangat penting untuk melahirkan jiwa-jiwa ihsan dalam diri seseorang.

Tetapi kalau kita jumpa dengan orang-orang rajin ibadatnya, kita jumpa orang tua kita. Jumpa orang tua kita pun dia ada rohnya sendiri.

Oleh itu, katanya hal ini perlu diperbetulkan di mana bersalaman merupakan satu kekuatan.

Kredit: TikTok @sunnahtidakberbohong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas