Connect with us

Oh! Media

Suami Isteri Ini Tergamak Tinggalkan Mayat Anak Tepi Jalan Selepas Terlibat Kemalangan

ohmedia menyamar polis

Trending

Suami Isteri Ini Tergamak Tinggalkan Mayat Anak Tepi Jalan Selepas Terlibat Kemalangan

Kita sebagai ibubapa mesti sayangkan anak kita dan kalau boleh nak bagi seratus peratus perhatian kepada mereka betul tak?

BACA : Lelaki Selamba Tayang Kemaluan Dekat Dua Pelajar Tingkatan 3 Di Sekolah

Tapi lain pula jadinya dengan satu pasangan ni yang tergamak membiarkan mayat anaknya di tepi jalan selepas mereka mengalami kemalangan. Allahu..

IKLAN

Menurut laporan Berita Harian, kemalangan itu berlaku di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas pada malam kelmarin dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab.

Pada awalnya, pasangan yang kedua-dua berusia dalam lingkungan 30-an dan 20-an itu bersama mangsa yang berusia 2 tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Kemudian, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas ke kanan jalan selepas hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah lori.

Kenderaan terbabit telah berpusing beberapa kali menyebabkan bergesel dengan lori berkenaan.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar daripada kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki telah tercampak di tengah jalan dan kemudian digilis sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Anak mereka telah disahkan meninggal dunia dan telah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. 

Ketika itu, lelaki dan wanita itu melarikan dengan sebuah pikap milik pengguna jalan raya yang memberi bantuan di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, mereka telahpun ditahan di rumahnya yang terletak di Felda Bukit Jalor dan siasatan mendapati bahawa kereta yang dipandu lelaki itu mempunyai dadah.

Betul pentingkan diri sampai biarkan anak yang meninggal dunia begitu saja. Allahuakhbar.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas