Connect with us

Oh! Media

Lelaki Selamba Tayang Kemaluan Dekat Dua Pelajar Tingkatan 3 Di Sekolah

Ohmedia pelajar dirogol

Trending

Lelaki Selamba Tayang Kemaluan Dekat Dua Pelajar Tingkatan 3 Di Sekolah

Seorang lelaki selamba tayang kemaluan dekat dua orang pelajar tingkatan tiga semalam. Bila nafsu dah menguasai diri, rasa malu tu ’auto’ hilang.

BACA : Polis Buka Siasatan Penderma Darah Dapat Cenderahati Mi Segera Perisa Khinzir

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Presint 9(2), Putrajaya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

IKLAN

Pelajar berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu dan polis terus melancarkan gerakan bagi memburu lelaki berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang telah dikongsikan. 

Menurut laporan, mangsa mendakwa didekati seorang pemuda yang menaiki Proton Persona berwarna kelabu dan bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu.

Kemudian, lelaki berkenaan terus membuka zip seluar untuk ‘tayang’ kemaluan kepada dua pelajar itu. Mujurlah kedua-dua mangsa larikan diri dan sempat merakam gambar kereta suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Takut betul zaman sekarang ni.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas