Connect with us

Oh! Media

“Siapa Bagi Kebenaran Bernikah?” – Bekas Isteri Dedah Sijil Cerai Belum Dikeluarkan Mahkamah, Perkahwinan DDNK Diragui?

Trending

“Siapa Bagi Kebenaran Bernikah?” – Bekas Isteri Dedah Sijil Cerai Belum Dikeluarkan Mahkamah, Perkahwinan DDNK Diragui?

Heboh di media sosial mengenai perkahwinan pakar Pelaburan Saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota pada Ahad yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Isteri Sangat Manja” – DDNK Akui Bahagia Kahwini Pelajar Sendiri, Bekas Isteri Ucap Tahniah

Pakar pelaburan yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Takpe Janji Kaya’ itu menamatkan zaman dudanya bersama seorang wanita bernama Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, yang merupakan salah seorang pelajarnya.

Bekas isteri juga ucap tahniah

Perkahwinan yang dilangsungkan Mohd nazri itu turut mendapat respon bekas isterinya, Atielia De Sams yang mengucapkan tahniah menerusi satu hantaran di Facebook.

Namun, ucapan tahniah itu seakan ingin menjelaskan ‘sesuatu’ dengan memberikan bayangan dan ‘hint’ kepada warganet.

Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama.

Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin

Sijil cerai belum dikeluarkan mahkamah?

Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada Mohd Nazri itu ada memuat naik satu status yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada ramai pihak mengenai perkahwinan pakar pelaburan saham itu beberapa hari yang lalu.

Menurut status tersebut, Atielia seperti mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah.

Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya, siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama? Perintah cerai pun belum release (dikeluarkan).

Perkongsian yang dibuat Atielia turut mendapat respon dari warganet yang menitipkan kata-kata semangat buat bekas isteri Mohd Nazri itu.

Kredit: Facebook Atielia De Sams

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas