Connect with us

Oh! Media

Trending

Shuib Dituduh Ahli Organisasi ‘F’ Konspirasi Vaksin, Berkait Dengan Arwah Siti Sarah Ditidurkan?

Pelawak dan penyampai radio, Shuib didakwa adalah salah seorang ahli organisasi ‘F’ yang merujuk kepada Freemason tular di media sosial. Biar betul?

Menurut laporan Astro Gempak, seorang individu mengeluarkan satu kenyataan berkaitan hal ini di media sosial dan mengatakan yang hal ini berkait dengan kematian Allahyarham Siti Sarah dengan agenda vaksin COVID-19 sehingga terpaksa ditidurkan dan kemudiannya meninggal dunia.

IKLAN
Shuib

Tak sangka eh bekas mat kilang ni ‘ahli F’ jugak. Pasal arwah SS tu pun kita memang tau dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ni nak buktikan pada ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaksin kau berisiko tinggi untuk mati.

Tulis individu itu, lagi, organisasi ‘F’ itu telah menggunakan artis di bawah mereka untuk mempromosikan vaksin dan Shuib tidak boleh mengingkari arahan organisasi tersebut meskipun ahli keluarga sendiri terpaksa menjadi korban.

Maklum mengenai dakwaan itu, Shuib yang ditemui media berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau apatah lagi melibatkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau dan extreme kerana melibatkan arwah isteri saya.

Rasanya tak perlu saya memberi komen yang panjang. Tunggu sahaja kenyataan dari pihak legal saya.

Terdahulu, individu berkenaan telah mengeluarkan kenyataan tersebut setelah satu foto pasangan itu kononnya memberi makna tersendiri mewakili organisasi rahsia itu.

Dalam foto tersebut, Watie menutup mata kiri Shuib manakala Watie menutup mata kanannya sendiri. Difahamkan foto tersebut adalah satu iklan promosi untuk sebuah kedai barang kemas.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas