Connect with us

Oh! Media

Sewa Tapak Sampai RM1.2K, Peniaga Kecewa Sambutan Karnival Usahawan Perak Tak Dapat Sambutan

Trending

Sewa Tapak Sampai RM1.2K, Peniaga Kecewa Sambutan Karnival Usahawan Perak Tak Dapat Sambutan

Pada 24 dan 25 September yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Usahawan Perak yang bertempat di MAPS, Bandar Meru Raya, Ipoh.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Situasi Sebenar Yang Berlaku Di Uptown Danau Kota, Sewa Sehingga RM1200 Sebulan? Tempat Baru Hanya RM200

Sudah pasti, ia tidak akan dilepaskan para peniaga untuk menjual makanan dan minuman mereka dengan mengambil peluang menyewa tapak di karnival seperti ini.

Sewa tapak mahal tapi tiada sambutan

Namun begitu, lain pula jadinya apabila difahamkan para peniaga terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar apabila karnival tersebut tidak mendapat sambutan penduduk sekitar.

Menerusi ciapan dibuat seorang pemuda di Twitter, rata-rata peniaga yang menyewa tapak karnival berkenaan tidak berpuas hati apabila bayaran sewa yang tinggi itu tidak setimpal kerana kawasan karnival tersebut sangatlah teruk.

Bukan itu sahaja, difahamkan juga penganjur tidak menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi.

Bayaran parking RM10 jadi punca karnival tak dapat sambutan

Penyertaan yang pada awalnya diwar-warkan sebagai percuma juga menjadi punca mengapa karnival ini tidak mendapat sambutan selepas mereka yang datang perlu membayar parking berjumlah RM10 sekali masuk.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan perkara yang menimpa para peniaga di karnival tersebut.

Kredit: Twitter AsriiKamarudin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas