Connect with us

Oh! Media

“Setakat Mengurung Rakyat Dah Tak Releven” – TMJ Titah Kaji SOP

Ohmedia tmj titah kaji sop

COVID-19

“Setakat Mengurung Rakyat Dah Tak Releven” – TMJ Titah Kaji SOP

Sehingga kini Malaysia masih menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semakin ramai rakyat hilang arah tuju.

Malam tadi, Tungku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyatakan pendapat bahawa SOP yang ditetapkan pihak kerajaan ini patut dikaji semula secara holistik dengan data yang sahih.

TMJ meluahkan pandangan ini di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor dan berpandangan tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak relevan lagi selain statistik Covid-19 harian masih mencatatkan jumlah kes yang tinggi.

IKLAN
212432394 348457963303263 3647963046091201155 n
Gambar sewaktu perjumpaan TMJ dengan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad Menteri Besar Johor YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi EXCO Pelancongan Belia dan Sukan dan YB Dato Haji Azmi bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor Kredit HRH Crown Prince of Johor

Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan. – Titah Baginda.

214011449 348457949969931 2589946628996188767 n 1
Kredit HRH Crown Prince of Johor

Dalam pada itu, TMJ turut telah bertitah untuk pihak kerajaan negeri Johor untuk mempercepatkan proses vaksinasi Bangsa Johor dan berharap agar berjaya mengatasi pandemik ini.

Kredit: Facebook HRH Crown Prince of Johor

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas