Connect with us

Oh! Media

Pengantin ‘Park’ Yamaha Tepi Pelamin, Set Hantaran ‘Rare’ Tarik Perhatian Netizen

Trending

Pengantin ‘Park’ Yamaha Tepi Pelamin, Set Hantaran ‘Rare’ Tarik Perhatian Netizen

Buat pengantin baru, confirm hari bersanding merupakan antara hari yang paling ditunggu-tunggu. Tapi lagi untung buat dua pasangan pengantin ni, sebab majlis perkahwinan mereka tiba-tiba jadi viral dek kerana keunikan set hantaran mereka.

Kata Nurul Alwani Khalda, idea nak letak motosikal Yamaha RXZ dan NVX ni datang secara spontan dari abangnya. Ia sekadar simbolik pada hantaran motosikal yang diberi pada suami, Ahmad Muzzammil Samsudin. Kebetulan majlis tu juga dibuat sekali dengan adiknya, Nur Fatihah dan pasangan, Ahmad Shamsuddin Norhisam. Jadi apa salahnya nak buat lagi meriah dan menambah seri majlis, kan?

“Saya telah menyediakan replika Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ pada dulang hantaran, tetapi kenderaan itu tiada kerana digunakan suami untuk berkonvoi bersama rakannya ke rumah saya bagi majlis semalam manakala adik pula tidak memberikan sebarang hantaran motosikal.” – katanya.

Dua motosikal ni sebenarnya milik abang dan adik Nurul Alwani, tapi tetap nampak baru sebab jarang guna. Gambar ni viral di Facebook selepas diupload oleh photographer pengantin, Hazrulphoto IL Momento. Bila usha komen, memang ramai yang nak try buat juga. Habislah, lepasni para lelaki makin pening nak plan hantaran yang lagi rare. Hahaha, gurau je. Apapun, kami doakan semoga kedua-dua pasangan dirahmati dan bahagia hingga ke syurga.

Kredit: Utusan Malaysia, Facebook Hazrulphoto IL Momento

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending

ITTIFY

To Top