Connect with us

Oh! Media

Seorang Guru Hina Mangsa Nahas UPSI Dipanggil Polis Dan Telah Beri Keterangan

Ohmedia ketua polis balai kena tangkap

Trending

Seorang Guru Hina Mangsa Nahas UPSI Dipanggil Polis Dan Telah Beri Keterangan

Guru dipanggil polis kerana hantaran jelik berkaitan kemalangan 15 pelajar UPSI di Gerik. Siasatan masih berjalan.

Susulan hantaran jelik di media sosial berkaitan kemalangan maut membabitkan 15 pelajar UPSI di Gerik pada 9 Jun lepas, seorang guru telah dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan.

Menurut laporan Harian Metro, individu berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung pada jam 10 pagi dan siasatan selesai kira-kira tiga jam kemudian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman.

Kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan siap sepenuhnya.

Disiasat bawah dua Seksyen Undang-Undang

Simbah Minyak Panas

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan berhubung provokasi yang boleh menyebabkan gangguan keamanan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan dengan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.

IKLAN

Guru muat naik hantaran di Facebook

Guru

Siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat pada 11 Jun, selepas satu hantaran dari akaun Facebook bernama ‘Khalid Yunus’ didakwa memuat naik kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat.

Pssttt! Berhati-hatilah sebelum memuat naik sebarang komen atau hantaran, terutama berkaitan tragedi. Sedikit kecuaian boleh menyakiti banyak hati dan mungkin juga berakhir dengan tindakan undang-undang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas