Trending
Ciapan Lama Amira Othman Tentang Fattah Amin Dan Fazura Kembali Tular
Ciapan lama Amira Othman tentang perkahwinan Fattah dan Fazura kembali tular selepas dia kini jadi isteri Fattah Amin. Betul lah jodoh itu rahsia Allah!
Siapa sangka, ciapan lama Amira Othman pada tahun 2017 tentang perkahwinan Fattah Amin dan Fazura kini kembali tular selepas dia sendiri bergelar isteri kepada aktor terkenal itu.
Tahniah Fattah & Fazura, jodoh itu rahsia Allah.
Lapan tahun kemudian, kata-kata itu seolah-olah menjadi doa apabila Amira kini sah menjadi isteri Fattah pada 14 September lepas.
Ciapan lama Amira Othman kembali tular

Lebih menarik, netizen turut menjumpai ciapan lama Amira yang pernah menyebut tentang Fattah dan Neelofa.
Alamak sweet pula Fattah dan Neelofa ni. Hehehehehe #Meletop.
Penemuan ini membuatkan ramai peminat teruja kerana Amira yang asalnya hanya meminati Fattah kini benar-benar berjodoh dengan lelaki idamannya.
“Member wish, member dapat” – Netizen

Ramai warganet menyifatkan kisah Amira dan Fattah sebagai bukti bahawa doa yang baik boleh menjadi kenyataan.
Lapan tahun kemudian jadi jodoh diri sendiri. Sebab itu kita kena doa baik-baik.
Betullah kata Amira. Jodoh rahsia Allah. Sekarang dia pula berjodoh dengan Fattah.
Member wish, member dapat.
Sekilas fakta perkahwinan Fattah Amin
Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum mereka bercerai pada 7 Oktober 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Pssttt! Kadang-kadang doa yang kita ucapkan tanpa sedar boleh jadi kenyataan. Sebab itu, selalu doakan yang baik-baik kerana kita tak tahu apa takdir Allah untuk kita.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM