Connect with us

Oh! Media

“Jangan Kita Sekat Talent Tu, Rugi Nanti” – Khairul Aming Sokong Content Memasak Di Media Sosial

Khairul Aming sokong peningkatan content memasak di media sosial

Trending

“Jangan Kita Sekat Talent Tu, Rugi Nanti” – Khairul Aming Sokong Content Memasak Di Media Sosial

Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming, selebriti masakan media sosial yang terkenal di Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Khairul Aming akan berkongsi video 30 resepi sempena 30 hari bulan Ramadan buat semua pengikutnya di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Buat Content Memasak, Bangman Mengaku ‘Koyak’ Dituduh Tiru Khairul Aming

Menjelang bulan Ramadan tahun ini, kita dapat lihat bukan sahaja Khairul Aming yang menyajikan video-video masakan untuk dikongsikan bersama pengikutnya. Malah, ramai yang sudah mula untuk menceburi dalam bidang ini dengan berkongsi video-video resepi masakan mereka di media sosial seperti Instagram dan TikTok.

Isu hangat

Baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang influencer, Aiman Salim atau lebih dikenali dengan panggilan Bangman berkongsi rasa sedihnya apabila ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif dan menganggap dia cuba untuk meniru dan menjadi seperti Khairul Aming.

Respon Khairul Aming

Isu yang hangat ini lantas mendapat respon dari selebriti masakan, Khairul Aming menerusi ciapan di twitternya malam tadi.

Menerusi hantaran di Twitternya, Khairul Aming menyeru agar industri content di Malaysia ini terus dimeriahkan untuk menaikkan lagi industri berkenaan.

Negara jiran pun dah ramai maju ke depan dengan content hebat-hebat. And we should do the same. Dari dulu lagi aku dah buat coffee talk dgn macam-macam creator dari bidang beauty, dental, animator and including memasak sekali. Banyak lagi potential kita blh buat ramai2

Khairul Aming turut berharap agar isu ini tidak lagi dibangkitkan sebaliknya menyeru orang ramai untuk menghargai content yang dihasilkan oleh seseorang kerana ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Aku harap dah tak berbangkit issue ni and kita semua enjoy and appreciate content setiap sorang. Bukan senang weh nak buat video, memang penat. Lets appreciate effort semua org yg buat video ni.

Tahun ni dah makin ramai develop creative content, kat tiktok pun dah makin meriah. Keep up the momentum and network with each other. Negara kita ni banyak local talent, jgn kita sekat talent tu. Rugi nanti

Sedangkan Khairul Aming pon sokong dengan peningkatan video content masakan sempena bulan Ramadan ni. Kita ni janganlah keruhkan lagi keadaan sebaliknya, kita sokonglah industri content di Malaysia. Susah tau nak buat dan edit video.

Kredit: Twitter Khairul Aming | Twitter aimansalim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas