Connect with us

Oh! Media

“Sepatutnya Kita Dalam Islam, Lebih Pentingkan Tutup Aib Sendiri” – Menteri Hal Ehwal Agama

Trending

“Sepatutnya Kita Dalam Islam, Lebih Pentingkan Tutup Aib Sendiri” – Menteri Hal Ehwal Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad memberi respon kepada dakwaan seorang pelakon remaja mengenai sikap buruk bapanya yang tular baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Bapa Puteri Balqis Akhirnya ‘Muncul’ Dan Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Gangguan Seksual

Idris Ahmad dalam laporan Harian Metro berkata, pelakon itu sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak dedah perkara itu kepada umum.

Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.

Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu.

Jelasnya, apa yang perlu dilakukan adalah membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan dari segi undang-undang. Pelakon remaja itu juga perlu dilindungi daripada sebarang ancaman kepada dirinya pada masa akan datang.

Difahamkan, Menteri Hal Ehwal Agama ini memberi respon itu pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di Bangi hari ini.

Terdahulu, dakwaan yang dibuat pelakon remaja itu turut mendapat perhatian Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun. Rina Harun bersedia memanggil bapa dan pelakon remaja itu untuk siasatan lanjut jika laporan dibuat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas