Connect with us

Oh! Media

rumah kecil

Trending

Seorang Ibu Dan Lima Anak Tinggal Di Rumah Kecil, Diperbuat Dari Bahan Terbuang?

Sudah 10 tahun, seorang ibu bersama lima orang anaknya tinggal dalam sebuah rumah kecil, diperbuat daripada bahan terbuang di Kampung Batu 2, Jalan Gurun-Jerniang.

BACA: Takut Tidur Luar, Seorang Nenek Jadikan Almari Sebagai Tempat Tidur

IKLAN

Menerusi laporan Kosmo, kemiskinan membuatkan ibu yang bernama Rosliza Awang Mat, dan tiga anak lelaki bersama dua anak perempuan terpaksa menjalani hari-hari dengan berteduh di dalam rumah itu yang didirikan di atas ta­nah rizab Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Tidak mampu menyewa rumah lebih selesa

Rumah kecil Rosliza (Foto: Kosmo)

Menurut Roslina, dia menggunakan kain sebagai penghadang sekatan di dalam rumah dan apabila musim hujan, mereka anak-beranak sering kebahasan dek kerana bumbung rumah yang bocor.

Rumah yang kami diami ini tidak sempurna selain bumbung bocor menyebabkan kami enam beranak sering kebasahan apabila hujan.

Kami tiada pilihan dan terpaksa tinggal di sini kerana tidak mampu menyewa rumah lebih selesa kerana sering kesempitan wang.

Rosliza mempunyai tujuh orang anak dan dua lagi tidak menetap dengannya kerana sudah berumah tangga. Menurut Kosmo, rumah kecil itu diperbuat daripada papan lapis, zink terpakai digunakan sebagai bumbung dan kain kanvas diletakkan dibahagian depan rumah untuk mengelak hujan dari masuk ke rumah.

Mereka sebelum ini mempunyai kedai makan, tetapi kerana Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai itu terpaksa ditutup. Rosliza menyatakan, mereka dapat bekalan elektrik dari kedai membaiki motosikal, manakala sumber air didapati dari telaga tiub.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan apabila kedai terpaksa ditutup kerana tiada pelanggan.

Rosliza kini hanya bergantung hidup dengan bantuan anak-anaknya kerana sudah tidak tinggal bersama suami. Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh salurkan ke akaun Public Bank 47981895-20 milik Rosliza Awang Mat atau menghubu­nginya di talian 019-3557391.

Semoga dengan bantuan yang kita beri ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas